Cerita Kedai Kopi Dari Jack Pudana Untuk Anda. Daftar Sekarang Sebagai Ahli. Semoga Anda Terhibur .
Suka Dengan Blog Kami?

ANDA SUKA DENGAN BLOG KAMI?

WEBSITE KAMI Powered by KedaiKopiCommunity SDN BHD

Wednesday, June 1, 2011

ISTERI TERSAYANG

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

RAHSIA AYAH PIN TERBONGKAR


Al kisah, ayah pin boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg dikehendaki dan dlm sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya. Sungguh hebat ayah pin..begitulah kata pengikutnya yg setia. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak dirisaukan oleh ayah pin tetapi permintaan tersebut tidak melebihi RM500,000.00 sehari, dan sekali seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh ayah pin..

Suatu hari, ayah pin berjalan di kota metropolitan KL dengan harapan
untuk mencari ahli baru kerajaan langit dan merekrut mereka agar menjadi pengikut setianya. Selepas puas berjalan ayah pin singgah di satu kedai mamak untuk minum bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia memanggil pelayan kedai tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran. Pelayan tersebut memberikan resit yang bernilai RM200 kepada ayah pin dan
dengan kembang lubang hidung ayah pin pun menyeru jumlah tersebut sebanyak 4x dan membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah pin bagaimana dia melakukannya, ayah pin pun memberi satu syarat iaitu 'kalu demo nok tahu, keno joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi tau..' maka pelayan tersebut bersetuju dengan pelawaan ayah pin.

Setelah memdapat seorang ahli baru ayah pin pun beredar dan
memerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah pin tertarik dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu Ferrari di dlm kedai kereta Naza World, terdetik dihati ayah pin untuk memilikinya..ayah pin pun menuju ke kedai tersebut dan melihat-lihat kereta yg diidamkannya itu.

Ayah pin memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapa
harga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang kereta tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan tiba-tiba dia berkata 'kawe noklah kalu *regho tu tapi bagi pok cik maso dale *sejhe dulu buleh? Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek lagi pok cik mari bagi pitih ko demo'.

Setelah sejam berlalu ayah pin pun muncul dan bersama dengannya ada 1 guni plastic yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu bertanya kepada ayah pin di mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah pin menjawab 'kalu nok tahu keno joing kerajae langit dulu, pah tu baru buleh bagi tau'. Jurujual tersebut bersetuju dengan cadangan ayah pin untuk menjadi pengikutnya.

Selepas segala urusan selesai ayah pin pun pulang dengan kereta
barunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru bersama dengan pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya ertanya macam mana dia boleh dpt duit dengan senang sekali, dia memjawab bahawa dia adalah utusan tuhan dan akan mendapat apa yang dihajati dlm sekelip mata (dalam hati ayah pin berkata ' *kore ni suma budoh cayo ngan aku haaa..haaa..)

Ayah pin memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik istemewanya untuk memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah pin masuk dan berbaring diatas tilamnya yang tak penah basuh dan mendapati sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka dan membacanya. Selesai membaca surat tersebut ayah pin tiba-tiba meraung dengan sekuat-kuatnya lalu pengsan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu dan mendapati ditangan ayah pin ada sepucuk surat dan mereka membacanya?suratnya berbunyi bergini...

===
Kepada : Ayah Pin

Daripada : Toyol A/l Tolol

Perkara : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari Duit

Aku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab ko aku hampir jadi biol nak curi duit sebanyak RM485,000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke? Lepas ni kalu ko nak duit pergi curi sendiri.

Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?

Bye dari aku,

ToYol

- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah pin
- nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol
- jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka! dah kene?

Legend (Lagenda?)
*wak = buat
*regho = harga
*pah = lepas
*methar = sebentar
*sekek = sikit
*pitih = duit
*sejhe = sejam
*kore = korang

WINDOWS OS & WINDOWS TINGKAP


Seorang pekerja baru yang bernama Syakir pening apabila bossnya suruh membuka Microsoft Excel. Godek punya godek , akhirnya dia membuka DOS.

“Hey! Saya minta kamu buka Excel kenapa malah buka DOS…??” teriak boss dia.

“Gini boss, saya tak mau melanggar peraturan..” jawabnya. Si Boss kebingungan, dan bertanya, “Peraturan apa?”

Sambil menunjuk tulisan di dinding, Syakir membacanya. “This room is equipped with air conditioner, please do not open windows… Windows jer dah tak boleh apalagi Excel!”

Windows (Tingkap) Atau Windows (OS)

NAIK PANGKAT

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

CARA HACK ACCOUNT MAXIS. SUPAYA BOLEH CALL FREE! BACA IKUT ARAHAN


Org kata pakai line lg save dari prepaid..tp korg mesti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajar camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! banyak cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata owh..
Topup RM10 Tahan Sampai 1 Bulan

AWAL PERKAWINAN YANG INDAH

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas

TEKNOLOGI MALAYSIA VS JEPUN & AMERIKA


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!