Cerita Kedai Kopi Dari Jack Pudana Untuk Anda. Daftar Sekarang Sebagai Ahli. Semoga Anda Terhibur .
Suka Dengan Blog Kami?

ANDA SUKA DENGAN BLOG KAMI?

WEBSITE KAMI Powered by KedaiKopiCommunity SDN BHD

Wednesday, June 15, 2011

PEMOTONG KAYU YANG JUJUR


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"...

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...

Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.

Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...

Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut mengakuinya..
" Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."

Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya.

"Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson... dan lain2 lagi. hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....." ;)

MALU


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...

Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang...
dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...
Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata..
Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat... "

Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

ISTERI MAMAK




Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasadikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira danterus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. Newbaby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minumjugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya suda! h tiga tahun tarak balik.
Ali : ?????????????

RUMAH

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar,
secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar.
Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun, Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar.
Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini.
Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan ?

SURAT

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

PERHATIKAN NO. TELEFON ANDA


Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)

Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)

Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

langkah 7:
tolak dengan 250(- 250)

langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)

Apakah no Tel Bimbit anda?

MENIRU

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".